Sunday 17 June 2012

Kosong! Kosong!

Assalamualaikum


Hai, kekurangan idea membuatkan minda bercelaru? Ok takde kena mengena. Aku just nak share something yang aku baca time tengah kodek kodek FB. Topik dia pasal Zina Hati. Agak menarik pasal apa yang dia hujahkan. Cubalah jengguk jengguk artikel tu kat SINI. Bagi yang sedang hangat bercinta boleh la baca atrikel ni. Just nice cara kupasan penulis and i love the way you are. Yang tak bercinta pun boleh ambil point dekat apa yang penulis tu tulis. 



Tapi aku masih lagi keliru dengan pendapat mengenai bercinta? Adakah ianya haram atau sebaliknya? Sebab dari pembacaan yang sebelum sebelum ni ada yang mengatakan ianya haram. Ok tepuk dada, tanya selera. Banyakkan pembacaan. Kalau was was baik tak payah couple kan. Bagi aku cukup la jadi single because single is awesome. I'm free to do anything.



Bagi yang tengah kapel mungkin bersorak gembira macam tukang sorak yang tengah membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil. Kan? Haha. Yang baik kita ambil sebagai panduan, yang kurang baik kita jadikan sempadan. Hari ni aku baik sikit malas nak pot pet pot pet panjang lebar tapi kosong! Kan? Ok memang aku tengah kosong pun sebab ada sesuatu yang menganggu aliran pemikiran aku taktala ini. Ok aku ada buah tangan buat yang rajin datang usha blog tak fames ni. Nah amik kau!





 Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.

Maksudnya: “Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya”.




aku tanpa cintaMu ibarat layang layang tak bertali


ok till now


Assalamualaikum


kbai




#tiba tiba aku terimbas kenangan waktu sekolah menengah. hurm aku doakan engkau bahagia dunia akhirat. 





Friday 15 June 2012

Andai aku bukan Akauntan negara!

Assalamualaikum (Arigato gozaimas)


"setiap kamu adalah pemimpin & setiap kamu bertangungjawab atas apa yang kamu pimpin."


Ok aku sendiri pun tak paham apa yang aku cuba sampai kan kat atas tu. Abaikan. Tapi ayat tu macam nak bagitau yang kita ni secara tak langsung dilahirkan sebagai pemimpin walaupun bukan lah pemimpin kepada negara ataupun bangsa. Tapi kita adalah pemimpin kepada rumahtangga dan paling utama mestilah pemimpin kepada diri sendiri. Dan kita akan dipersoalkan akan setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Paham? Alhamdulillah. Tapi apa kaitan ayat kat atas dengan tajuk entry hari ni? HAHA. Jap aku tengah blurr sekejap. Jauh benar kan. Gasak tak tahu.


Berbalik kepada tajuk kita yea anak anak, hari ni aku nak sembang santai pasal tajuk "Andai aku bukan Akauntan". Cewaah konon konon nak tiru macam cerita Kalau Aku Bukan Artis. Puiii. Bajet artis fames yang muka tahap Aaron Aziz! Sekiranya Aaron Aziz terbaca, di ulangi T.E.R.B.A.C.A entry yang aku tulis ni, mesti dia menangis teresak esak terharu biru dengan kepemesan aku. HAHA. Maafkan aku atas keterlanjuran aku dalam bab bab perasan merasan ni. Tebiat dari kecil. Maaf maap. Ok fokus. 




<Muka Bengis, kononnya>
*agak agak kalau macam ni la muka bengisnya, kompom semua orang suka*


Memandangkan aku ni amik course accounting kat Universiti dulu #bajet gile padahal baru je pon abes belajar tu pon diploma, maka secara tak langsung mesti orang akan kata "ni la bakal akauntan" tak pun paling ganas orang akan kata macam nie je : "Ni la yang bakal jadi pencilop duit syarikat kan!" kecian kat bakal bakal akauntan ni semua, #kerana nila setitik, rosak imej akauntan! boleh? Ok jom kita terjah apa yang aku akan jadi sekiranya aku ni bukanlah seorang AKAUNTAN :


3. Pusat Asuhan Kanak Kanak


tengok ada ciri ciri bapa mithali kan? sila sediakan baldi disebelah anda!


Biar betul kan aku nak bukak pusat asuhan kanak kanak. Tebiat apa. HAHA. seriusly ini lah yang mungkin akan terjadi sekiranya aku tak jadi akauntan. Sebabnya senang je kerana aku minat and addore sangat dekat bebudak kecik. Comel. Suci. Yup, itulah dorang. Dan kalau nak tahu semua anak anak sedara aku lebih rapat dengan aku sebab aku ni jenis yang suka melayan. Tapi kalau dah dogey sangat memang naik angin ke kepala la jugak kan. Tapi seriusly aku tak sabar nak ada anak sendiri. Syok kot layan budak budak yang comel ni. Auwww. Abaikan muka selenga diatas!



2. Model Pelansingan Badan


Guna lah product pelansingan saya. Pasti berkesan. Kuat tau!


HAHA. Ni lagi satu yang aku tak tahan. Boleh ke aku jadi model? Mesti Dr Rozmemey pun tak boleh nak cari makan dah lepas ni. Kepada yang berminat boleh la mengundi saya di Muzik Muzik dot com. Booooo. Menanges ayor mate dari Dr Rozmemey. Kenapa? Sebab aku dah amik port dia dalam industri pelangsuiran nie. Opss. Pelansingan. Sapa ada idea macam mana nak jadi taff tanpa perlu berjogging, bersenam dan seantero dengan nya. Aku nak aktiviti yang lebih kurang makan, tidor dan berbaring. Boleh tak? HAHA. Patut la obesiti menjadi jadi di Malaysia. Tapi aku tak ok.





yea dik nak air apa? air mandi takda kat sini. G men jauh jauh. shuhh



1. Penyanyi Lelaki Paling Perasan


time ni aku buat konsert kat Albert Hall. Kau hade? takde kan. Jeles la tu.



Arghhh. Argghh. Bang nak autograph. Nak getahskrap! Lempang satgi baru tau. Apa pun tak boleh. Ok kalau aku bukan akauntan mungkin esok aku akan jadi artis yolls. Tapi I nyanyi untuk suka suki je. Bila I penat I berenti la. Kata mak jemah sebelah rumah. Propa sangat. Hebat sangat ke jadi artis? Huh mesti nak kencing pun susah. Tengah tengah sakit perut nak g tandas ada orang mintak sign? Macam mana? Takkan nak tunjuk yang kita #bajet dah jadi artis la tuPuiii. tengah sakit meneran. Haha tak sanggup aku nak lalui semua itu. Setakat suka suka nak menyanyi hiburkan hati sendiri boleh la. Kan? 


Ok habis sudah story hari ni. Penat aku perah idea tak keluar keluar. Tadi time dekat dalam bilik air masa mandi punya lah mencurah curah ke ladang gandum umpama iklan kokocruch tu. Huh sakit hati. Thanks for reading. 



ok till now


Assalamualaikum


kbai





dah jadi tebiat aku dengar lagu intifada sampai tetidur. zZZzzz. 





#tak lengkap iman seseorang itu kalau dia meninggalkan solat fardu. sebab solat tu tiang agama. macam mana nak teguh agama kalau tiangnya tak di pasakkan.











Thursday 14 June 2012

Arau's Friends. And I truely Miss Them!

Assalamualaikum

Ok sebelum ni aku dah cerita sikit pasal kawan kawan yang agak rapat dengan aku time sekolah dulu. Walaupun tak banyak kawan tapi aku bersyukur kerana Allah menghadirkan mereka dalam kehidupan aku. Korang boleh rujuk ke entry ni: My Best Friends. Perhaps Dorang lah yang melengkapkan perjalanan hidup aku. Naik turun aku lalui dengan tabah. Cewaah. Panjang pulak kan mukadimah hari ni. Korang mesti bosan kan. Jangan bosan, sebab dalam Islam tak ada istilah BOSAN. Paham. Ok aku pun masih cuba menyesuaikan diri dalam memperbetulkan diri nie. 

Firstly, ewah macam nak buat essay English pulak kan. HAHA. Sila jangan gelak. Ok straight to the point, entry kali ni aku nak cerita sambungan kepada entry yang sebelum ni. Kan aku dah janji yang aku nak cerita pasal kawan kawan aku kat Universiti pulak. Jpm kita TERJAH. 

time nie kiteorang pergi Gua Kelam yolls. sila jeles!


Dari kiri : Chai, Mahdi dan Syahir!


Ok. Kita start dari awal la yea. Macam mana aku boleh terkenal sampai orang beratur nak mintak sign aku. Kau hade? Antara 3 orang ni korang rasa yang mana aku kenal dulu? Mana? Yang baju kelabu? Ish kalau nak tau dia la antara 3 ni yang aku kenal last sekali. Bajet kau Syahir kau popular la! Huh. Sombong nak mamPuttttt Emo pulak. HAHA. Dalam 3 orang ni aku start kenal yang baju oren tu. Alah si Mahdi Kori tu. Lepas tu baru aku kenal dengan si Chai ni. Last sekali baru la si artis yang suam suam suku macam air kopi nak basi, si Syahir.



Macam mana boleh rapat dengan dorang semua? Si Mahdi dan Chai aku start rapat dari semester 1 lagi. Kebetulan aku satu kelas dengan dorang so dorang la yang aku rapat pon budak laki. Dulu dulu time first first kenal perangai ya ampun sopan nak mampusssss. Kerat jari bagi ikan sebelah makan pun aku tak sanggup. Sekarang kalau hantu langsuir, pontianak mahupun yang sejagat dengan mereka semua jumpa si Mahdi dan Chai ni, aku rasa keturunan hantu hantu nie akan lari bertempiaran sambil mengangkat kain di jemuran. HAHA. Bayangkan langsuir lari sambil angkat kain? Mesti Tok Imam pun duk usya dua tiga kali. HAHA. Ok merapu. Manakala si Syahir ni aku start rapat dengan dia akhir semester 1 sebab dia yang jadi tok guru akaun aku. 


Hari berganti hari, bulan sabit bertemu bulan purnama, siang menjadi malam, tahun hijrah mengejar tahun masihi persahabatan yang terbina berterusan. Dari lawan menjadi kawan, dari pakwe menjadi suami *motif sangat kan* aku makin rapat dengan dorang. Semester 1 berganti semester 2, dari semester 2 batton diserahkan kepada semester 3 begitu lah seterusnya sehinggakan semester 6. Ok cukup la tu tak larat aku nak berkias bagai. Kalau dapat tukar result bahasa melayu aku tak pa la jugak kan. Huh benci Mak Jemah. 


Kekadang hubungan kita (gaya macam orang tengah couple, puiiii) orang pun ada pasang surut. Macam air laut. Bila mulut berbicara, touching menacing amalan biasa. Kan.? Alah jangan kata tak pernah la der! Macam tu jugak la aku. OK aku nak lupakan bab bab yang sedih lagi memeritkan nie.


Di pendekkan cerita, banyak jugak la yang aku lalui dengan dorang semua. Aku ingat lagi sem 1 aku, Mahdi dan Chai pergi Alor Setar naik teksi time bulan puasa. Ni semua angkara si Mahdi. Mula mula memang kami plan nak pergi shopping tapi dekat area Kangar je la. Jalan punya jalan tak sedar yang waktu dah nak dekat malam. HAHA Time tu aku memang dah mencarut barut istifar dalam hati. Yea la takut la kalau kalau tak sempat nak balik tepat sebelum pukul 11. Tapi nasib kami sempat balik before pukul 11. Kalau tak memang hari itu dalam sejarah la aku tidur merempat kat tepi longkang.


Pastu apa lagi erk. Sem 2 aku baik sikit. Tak pergi mana mana. HAHA. Sem 3 dan 4 pulak, kami empat orang dah pandai pergi Alor Setar naik kereta sewa. Kepalanya si Syahir. Dia yang jadi tukang driver kami semua. Ok aku tak boleh nak cerita detail sebab banyak sanggat yang aku nak cerita. So i'm just put litle description for every story. watever! Sem 5 kami semua tak jumpa sebab buat praktikal dan last sekali sem 6 yang paling aku suka. 


Time Sem 6 aku, Mahdi dan Syahir mula mula plan nak duduk kat luar sebab first first kami pelajar sem akhir tak dapat duduk hostel. Argghhh. So cari la aku dan Mahdi. Sakan kot sanggup pi balik Arau semata mata nak cari rumah sewa. Ok sila simpati dengan aku. HAHA. Lagipun dalam hati konon nak berdikari bagai dan teringin nak rasa duduk luar, sem 6 weeii. Malu la still duduk kat Hostel lagi. Puiii. Tapi semua tu tak jadi sebab kami dapat duduk dalam last sekali. Mak Jemah nak habaq hangpa semua yang rumah kami nak sewa tu macam rumah usang. HAHA. First time aku dan Mahdi datang, aku tak tidur umah tu. Sanggup aku ngan Mahdi tumpang tidur kat HOSTEL. HAHA. Esok tu terus aku request kat Syahir suruh dia aplly Hostel sebab dia sorang je tak dapat hostel. Sapa suruh tak apply. HAHA. Macam macam la pengalaman yang bagi aku lucu dan lawak bila di fikir fikirkan balik. 


Sem 6 jugak la, for the first time aku and the geng berjinak jinak dengan burung merpati tempat karaoke. Huh tak boleh buat calon menantu depa nie. HAHA. Dan sem 6 jugak la kami semua pulun dok main badminton tak ingat test, quiz watsoever. Serius macam hilang akal dah dok gian main badminton. And the champion mestilah bukan aku. HAHA. Aku tak pandai pun main badminton. Pastu kami pergi Gua Kelam, Wang Kelian (sempadan Thai) and tak sah la kalau tak pergi Padang Besar kan. Itu kan Syurga Shopping bagi pelajar pelajar kat PerthLis nie. HAHA. Dan time nie jugak la result aku turun and keputusan yang terburuk pernah aku dapat. Tapi aku bersyukur. HAHA. Alhamdulillah. 

Ok la aku dah tak tau nak merepek apa lagi. Lagipun i'm not feeling well. Sakit tekak sikit. Dah sakit tekak tu, mula la terasa macam nak demam. Hurmmmm. Ok la, aku nak tungjuk pic kami gi Wang Kelian. Serius macam perak weii. HAHA. Macam rusa baru lepas dari kandang Rimau. Hari hari MAU. Sayang ada di mana tu! Sayang di bilik bang, GATAI. Lempang satgi baru tau. Apa apa pun aku gembira dapat berkawan dengan dorang. They are ohsem.


  1. Aku cari Mahdi bila aku ada masalah peribadi. He such a good listener. Dia la tukang driver aku masa dekat Perak sebab dia satu tempat dengan aku. Dan penah satu sekolah dengan aku. Hah? 
  2. Aku mengendeng dekat Chai, bila aku nak study. Aku selalu mintak dia ajar bab membaca dan aku ajar bab mengira. Fair rite?
  3. Aku dok terjak Syahir bila aku dok dalam bilik. Aku suka ngacau dia. Dia satu bilik dengan aku dari sem 3 sampai la ke sem 6! Tak caya? 





abang abang hensem Araustralia.


HAHA. semua pakat dok pi beli spek mata hitam. konon nak kata beli kat THAILAND la tu. Padahal sempadan jew. HAHA. Tapi mana gambar aku? Macam mana nak ada gambar aku, dah aku yang tolong snap gambar. kan. silajeles sebab aku pergi THAILAND. 



ok till now


Assalamualaikum


kbai


#time kat Thailand aku jalan kepit tangan Chai. sebab aku takut kawan aku tu Hilang. HAHA.









Wednesday 13 June 2012

Angan Yang Tak Sudah

Assalamualaikum.
*tak jawab dosa, kalau jawab sayang!

eh eh asal pagi pagi aku dah bersayang sayang bagai pulak nie? buang tebiat apa! ok this entry might be the shortess one because i nak pi keluaq antaq resume. hah kan terkeluaq loghat kedah. as you know aku sekarang nie dah ada cop dekat dahi besar-besar "PENGANGGUR TERHORMAT" kau ada? jangan tanya pasai apa sebab aku tengah sedih nie. loklak betui Hadi oii. kerja apa yang aku nak pi serbu? 

*hah ce teka aku nak mintak kerja apa? sapa betul aku bagi gula gula hacks!

apa? kerani? ish bukan la!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
navy?

haha sejak bila navy pegang kapur bagai. 

ok la tada.


C . I . K . G . U

Ok aku nak mintak kerja sebagai cikgu. ulang suara C.I.K.G.U. hah pandai pun anak murid saya hari nie. You all semua boleh panggil saya Cikgu Adi. hah nama nak gelamor jew. tau kat mak cik senah sebelah rumah mati aku. belum apa apa dah berangan lebih. Of kos la kan kena ada adegan panas dan hangat kalau nak melariskan filem! Sudah Hadi oiii. Sudah cukup sudah, sampai di saja. Ok i will leave first. sorry for broken english. Ohmyenglish la kan.



till now

Assalamualaikum

kbai


p/s : doakan aku dapat kerja. aku dah kebinggungan duduk kat rumah hampir 2 bulan lebih. doa banyak banyak tau! OK aku tak jemu nak mintak jadi cikgu. sebab itu memang IMPIAN aku.

Tuesday 12 June 2012

My Best Friends. Perhaps

Assalamualaikum.



*macam meriah sangat pulak aku tgk gambar nie*

Ok entry kali ini aku nak cerita berkaitan dengan kawan rapat aku. memandangkan aku nie jenis yang malu malu kucing, jap! macam mana boleh ada istilah malu malu kucing? haha aku cuba membayangkan yang kucing itu tengah melakukan aksi korek mengorek tahi hidung? kecian kucing tak pasal pasal tersedak tengah hari ini NON STOP. boleh? 

HAHA kan tak pasal pasal aku dah start merepek.ok berbalik kepada topik asal aku ada 2 3 orang kawan rapat time kat sekolah dan juga masa di Universiti. cuma tak ada la banyak macam korang kan sampai list name pun maybe 2 3 page. dan aku kalau boleh nak jaga hubungan yang terbina ini dengan sebaik yang mungkin sebab orang kata "Kawan time suka mudah di cari, tapi time duka? daripada 15 belum tentu ada yang sudi" Lantak la kau berduka lara sorang sorangkan. ada aku kesah pulak. 

Sekolah Rendah

rasanya time ni aku tak ada kot kawan yang paling rapat melainkan kawan yang hai hai bye bye. sebab kan aku dah bagitau yang aku ni jenis pemalu so aku jarang nak merayap jadi kutu rayau. masa aku banyak di habiskan di rumah. pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas tambahan. habis. lepak jap main masak masak dengan jiran sebelah rumah plus main Teng Teng ataupun galah panjang. HAHA. seronok! zaman kanak kanak paling best bagi aku. sebab time tu kita suci lagi. kan?

Sekolah Menengah

Naik je sekolah menengah aku mengalami culture short.kenapa culture short? semua benda aku kena buat sendiri. basuh baju, kasut seluar luar & dalam. haha maklum la time tu aku masuk asrama.and aku tak suka. aku tak suka sebab aku tak bersedia. ada ke orang bagi alasan macam tu? tapi aku kat asrama tu tak lama pun. setahun je dan form 2 aku pindah sekolah harian biasa sampai la aku kena tendang keluar dari sekolah after SPM. haha.


Ok time form 1(SMK Batu Sepuluh) aku rapat dengan seorang je. nama dia Aizat. dia la tempat aku ber'manja' dan mostly masa aku dengan dia. walaupun kami lain kelas sebab dia amik bahasa arab, aku pulak kelas biasa. aku kenal dia pun sebab dia duduk sebelah katil aku. so banyak la aktiviti aku habiskan dengan dia. aku ingat lagi trademark dia ialah 'cermin mata' dia yang agak out of fashion la jugak sebab macam cermin mata orang tua. HAHA, sorry Aizat! but aku suka kawan dengan dia sebab dia ni gila gila sikit. tapi aku rasa macam banyak je gila gila nya. haha. dan untuk makluman semua dia ni bakal peguam syarie! good luck teman.


So lepas setahun di SMKBS, aku tukar balik ke sekolah lama aku (SMK Tok Perdana). Actually aku masuk sekolah ni dulu  before transfer ke SMKBS atas jemputan buat degree. haha ok merepek. majoriti aku dah kenal sebab banyak kawan kawan yang satu tempat dengan aku sekolah dekat SMKTP. 


Dekat SMKTP aku rapat dengan 2 eh 3 kot. tapi secara am nya 2 kot. haha. First, Karim. Aku kenal dia masa aku start di campakkan ke kelas no 2 dalam tingkatan *sedey. kenapa bukan kelas no 1? nampak sangat yang aku nie tak pandai. padan muka. eh kat mana kita stop tadi? ok. Dia la yang banyak sapa aku masa mula-mula aku pindah sekolah. kebetulan aku duduk sebelah dia. memang dia je la yang aku nampak pun. haha. dan kami satu kelas time form 2, form 4 and form 5. kenapa form 3 tak sama kelas? haha camana tu. ok time form 3 aku pindah masuk kelas no #. lepas kena campak ke kelas no 2 tu, aku terus azam dalam hati nak masuk kelas first dan buktikan yang 'aku tak bodoh' macam filem tu. haha. alhamdulillah aku dapat naik kelas. eh macam mana boleh tersasul pasal kelas memasak nie? dan sampai sekarang aku still contact dia walaupun tak ada la serapat dan seakrab dulu.


Ok calon kawan rapat aku yang seterusnya ialah Shahril. Dia nie ala ala ustaz sikit. banyak bagi kata kata yang berguna untuk aku amalkan. Macam mana aku boleh rapat dengan dia? haha. padahal aku nie dah la otak pun macam telur 3 suku. kawan pulak dengan ustaz?  aku start rapat dengan Aril nie sejak form 4. sebab dia masih sama. aku duduk sebelah meja dia. see ketiga tiga orang yang aku rapat semua sebab aku duduk sebelah menyebelah. tak adil betul! haha. dan dia antara pelajar terbaik SPM sekolah aku. wah aku bangga ada kawan macam nie. dan dia la pesaing aku dalam subjek Pendidikan Islam. Opss. terlepas pulak. walaupun dia kawan rapat aku, tapi dia antara orang yang last tau aku couple. sian dia. hurm i'm sorry peeps. 


Owh ok la yang dekat Universiti lain lain kali la aku cerita pulak. Terasa tahap kemalasan tu berada di Puncak Kasih yang tahap cinta petala 8 dah.

.  ok till now
Assalamualaikum

kbai




p/s: aku ada 2 orang je kawan perempuan yang betul betul rapat dengan aku sampai sekarang. They are Tika and Peah. Sapa Peah tu? HAHA. 

aku takut nak kawan dengan perempuan!! fobia!!

Aku Adalah Aku (Bab 1)



Malam semakin melabuhkan tirainya. Aku masih lagi bertapa di koridor luar bilikku sambil menikmati keindahan malam bertemankan bintang-bintang di langit. Sedar tak sedar, ini minggu kedua aku di Arau. Sukar untuk aku percaya yang aku kini sudah bergelar mahasiswa di sebuah IPTA. Serasa macam baru semalam aku tidur bertemankan mak di ruang tamu. Mesti semua orang terkejut sebab aku masih lagi tidur di bawah ketiak emakku. Eh jangan salah sangka. Aku bukan anak emak yang suka suka tidur bawah ketiak mak. Tapi memandangkan rumah kami yang sempit dan bilangan adik beradik yang ramai membuatkan aku lebih selesa tidur di ruang tamu. Tapi ramai ke adik beradik aku? Yong, Angah, Kak Lang, Kak Uda dan aku? Macam sikit je. Sejak bila aku lemah kira mengira nie? Oh my maths! 

"Eh kau nie asal termenung je Adi? Rindu kat mak kau ke?" tanya rakan sebilik aku, Ilmam.
"Kau Ilmam, buat aku terkejut jew. Lain kali bagi la signal dulu seelum tegur tu. Nasib aku takde sakit kentut berdarah." Kalau ikutkan hati aku mahu saja aku lesing budak nie. HAHA. Terkejut mak nok. Euuww.
"Dah la aku nak masuk. Tiba-tiba rasa mengantuk pula mata nie." Jom. Ajak aku sambil melangkah dengan langkah yang longlai.

Aku terus melangkah ke arah katil. Seolah-olah aura katil itu memanggil-manggil namaku. Haishhh nie yang lemah nie dengan godaan katil. Aku memang pantang nampak katil kosong. Tambah-tambah sejak masuk U nie memang kerja aku selalunya di habiskan di atas katil. Berat masalah kau tu Adi. Sampaikan buat homework pun aku buat atas katil sebab senang nak tidur kalau mata tiba-tiba mengantuk. Good idea right? Tapi jangan tiru petua aku pulak. 

Ketika aku nak melandingkan kepala di atas bantal kesayangan aku, tiba-tiba. OhEmJay. Tiba-tiba aku seakan-akan tersedar akan sesuatu perkara yang mustahak. Bukan haktuuuiii ok. Tak baik meludah merata-rata. Cepat bersihkan balik. Ok good girls. Eh macam mana aku tau yang meludah tu perempuan? HAHA. Kenyataan dekat facebook sekarang nie majoriti kaum perempuan yang kuat meludah. Tak caya sudah. Tengok kan aku dah melalut ke laut. Macam boleh buat lagu je. MELALUT KE LAUT. Stop it Adi! We are now in the middle of writting a novel. Focus. 

Ok, dipanjangkan cerita aku baru tersedar yang aku terlupa siapkan assignment yang perlu di hantar ESOK. Ulang suara, ESOK ok. Maaaaaaaaaaaak. Macam mana aku boleh lupa nie. Bukan aku tak tahu yang lecturer tu dah la cerewet abes. Masak la aku esok. Hangus aku kena sembur dengan roket Soyus yang seakan-akan sama macam Syekh Muzafar naik pergi ISS tu. Korang tau tak apa yang aku cerita nie? Ok abaikan la. 

Serentak dua rentak, aku cuba alihkan kepala mendonggak untuk melihat kedudukan waktu sekarang. Hah dah pukul 1 setengah pagi? Bukan tadi aku masuk bilik baru je pukul 11 lebih? Hurm macam dah nampak je tanda-tanda ku berserah. Aku cuba untuk menyanyikan lagu KU BERSERAH nyanyian Amylea AF3, tapi yang keluar hanyalah lagu Allahyarham Sudirman. 

Terkapar-kapar ku kelemasan. Sakit dilambung ombak assignment tak siap. Eh asal lirik dah berubah?

Memang melemaskan. Sesak nafas aku memikirkan nasib aku esok. Walaupun assignment itu hanyalah kira-kira sambil tekan kalkulator, alah buat akaun je pun derr. Even buat akaun je tapi kalau aku nie seorang yang cekap tak apa la jugak. Nie nak bukak lejer pun terhegeh-hegeh. OhTidak la kan. Akhir sekali aku hanya buat tak endah saja akan assignment yang perlu dihantar esok itu. Lantak la. Apa yang penting KERJASAMA. So esok aku akan bekerjasama denganclassmate aku dengan harapan aku sempat copy paste kerja dia. Huhuhu. Itu je jalan yang sempat aku pikirkan. Malas nak semakkan otak dengan hal-hal yang boleh buat kepala berserabut aku terus mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak pesan sebelum tidur amik wujud, cuci kaki, gosok gigi. Tapi tu semua time kecik la, cuma aku saja yang terbiasa untuk mengamalkannya. Ok mata pun dah mengantuk. Bismikallahhuma Ahya Wa Amutu. ZzzzzZZ. 


6.15 a.m 

Dari jauh sayup-sayup jam loceng Ilmam berbunyi. Adus malasnya aku dengan budak nie. Dah tau diri tu malas nak bangun awal, jangan la kunci jam awal. Sekeh jugak kepala tu baru tau. Namun aku gesakan juga diri untuk bangun mengenangkan waktu subuh telah pun masuk. Aku ada terbaca yang bangun pagi nie elok untuk kesihatan.Apa pun aku bersyukur kerana masih di beri nikmat hidup. Alhamdulillah.

Nasib baik bilik nie hanya ada dua orang. Kalau tak aku tak tau la macam mana nasib aku. Memang masak la aku nak layan kerenah dorang. Dah la aku ni jenis yang pemalu. Dengan si Ilmam ni pun aku baru je nak sesuaikan diri. Cuma mungkin aliran sistem saraf yang berbeza mebuatkan aku lebih selesa berdiam diri dari merepek meraban layan cakap kanak-kanak Ribena ni. haha.

Selesai saja sesi termenung aku mengatur langkah ke arah Ilmam bagi mengejutkannya untuk solat subuh. "Ilmam bangun solat subuh!!" ucapku perlahan dan berhati-hati. Aku kalau bab-bab nak mengejutkan orang bangun tidur memang lemah sikit. Aku cuba mengoyangkan bahu Ilmam dengan harapan dia sedar dari tidur.

"Wei bangun la. Subuh nak dekat abes ni. Cepat bangun." kata aku lagi. Tapi kali ni aku goncangkan sikit badannya supaya dia tersedar dari lamunan mimpi. Memang tidur mati betul budak ni. Eh budak ke? Haha. Aku aru sedar yang Ilmam ni lebih tua dari aku setahun. Cuma saiz badan dia kecil sedikit dari aku yang sedang-sedang saja tingginya.

"Hurmm dah pukul berapa Adi?" tanya Ilmam.

"Bangun je lah. Nak dekat pukul 6.30 pagi dah nie." kata aku sambil mata melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. 

"Yea la nanti aku bangun la. Kau pergi la ambil wuduk dulu" pesan Ilmam sambil membetulkan kedudukan badannya.

Aku lihat dia sudah duduk di birai katil sambil menongkat dagu. Tapi mata still  tertutup rapat. Hurm tak apa la. Nanti bangun la tu. Aku terus saja meluru ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Balik saja dari bilik air, aku lihat Ilmam masih lagi tidur. Tapi siap boleh landing baik punya tidur meniarap. Cisss. Buat penat je aku kejutkan tadi.

Ni ada yang kena karate karang. Runggut aku dalam hati. Nak cakap kuat-kuat aku tak berani. Buatnya dia just tidur-tidur ayam naya aku. Tu la orang lain pun ada jugak awek, tapi takde la sampai bergayut tak ingat dunia. Untung la kan ada orang untuk luahkan perasaan. Malam tadi bukan main lagi cakap slow-slow, bisik-membisik. I lap you, Miss you bagai. Nak termuntah aku dengar. Hahaha. Jahat betul Adi. Biar la dia nak buat apa pun. Kredit dia yang hangus. 

"Wei bangun la cepat. Tak kan nak tunggu azan Zohor baru kau nak bangun kot?" Aku tarik sikit bulu kaki dia yang tumbuh segan mati tak mahu. Agak-agak kalau sembur racun seranggaconfirm esok juga bulu kakinya luruh. Kahkahkah. 

"Agak-agak la Adi oii. Karang hilang la macho aku tak ada bulu kaki" Amboi hilang macho sebab tak ada bulu kaki kau kesah pulak. Yang subuh dah nak hampir-hampir gajah kau tak malu pulak. Desis hati kecil aku. 

"Dah pergi cuci muka and ambil wuduk tu. Nanti lewat pulak solat." beel aku lagi. haishh kan tak sia-sia. Pagi-pagi lagi aku dah membebel. Ilmam aku lihat membuat muka bebal, mungkin kerana terpaksa tahan telinga mendengar bebelan aku tadi. Nasib la kau Ilmam. Sabar je la, ada lagi 4 bulan kau nak dengar aku membebel. Hahaha. 

Usai solat subuh aku terus menjengah ke arah luar bilik. Aku suka suasana pagi yang damai. Sekumpulan burung yangsedang terbang, berkicauan seolah-olah berzikir memuji kebesaran Ilahi. Ni kalau kat kampung mesti lagi best. Hurm takkan aku homesick pulak?

Suasana di kolej sunyi dan lengang sedikit. Mungkin masih terlalu awal kerana jam baru pukul 6.54 pagi. Selalunya time-time ni budak-budak dah kecoh nak mandi bersiap untuk ke kelas. Dari tingkat atas, aku lihat rakan sekelas aku, Hasrul sedang menjinjit bakul mandinya. Eh, kelas pagi ni pukul erapa? Bukan pukul 9 ke? Aku meneka sendiri.

Kelihatan Ilmam baru balik dari bilik air sambil memegang perutnya. Lupa pulak rakan sebiliknya yang mengambil wuduk. Ingatkan dah balik tadi. Boleh pulak bertapa lama-lama kat bilik air tu. 

"Lamanya kau kat bilik air tu? Kau cuci bilik air tu sekali ke?" tanya aku dengan nada berseloroh. Bergurau la.

"Ni haa perut aku tiba-tiba sakit. Nak kata salah makan takkan la pulak." Kecian pulak aku tengok keadaan Ilmam yang seakan menahan sakit. Sampai berkerut-kerut muka menahannya.

"Senggugut kot! Hahaha" akhirnya ketawa aku terletus juga walaupun aku cuba untuk menahannya. Aku terus lari kearah loker ku untuk mengambil minyak cap kapak yang di bekalkan oleh abahku. Dan aku hulurkan kepadannya.

"Kau agak-agak la cik abang oiii. Kalau aku ni perempuan tak apa la jugak. Dah la malas aku layan perangai kau ni. Buat sakit hati aku aja." Kata Ilmam sambil berlalu pergi kearah katilnya. Nak sambung tidur la tu. Getus hati aku.

Aku terus mengambil towel yang tergantung di kerusi study. Nak mandi la. Takkan nak buat tutorial tudung ala ala Hana Tajima pulak kot. Aku baru je teringat yang kelas pagi ni start pukul 8. Yang pukul 9 tu kelas untuk esok pagi. Dan yang jadi masalahnya, kelas pagi ni kelas FINANCIAL ACCOUNTING. Di ulangi kelas AKAUN. Assignment aku? OhMyBad. 

Dengan larian ala-ala Usain Bolt, aku lari sepantas kilat. Nasib aku tak berlanggar dengan kembar Afdlin Shauki. Hahaha. Kalau tak mahu seminggu aku demam. 


Aku Adalah Aku (Prolog)

1 MEI 2009

Bertemankan angin semilir pantai aku merenung ciptaNYA yang ternyata tiada tolok bandingnya. Langit sudahpun berubah wajahnya keperang-perangan, menandakan hari semakin gelap. Namun aku masih duduk termenung mengenangkan kisah silam yang sering menghantui diriku. Aku hanya melangkah membawa hayunan kakiku setelah keadaan sekeliling berubah menjadi semakin gelap. Bukan takut akan hantu tapi aku lebih takutkan 'hantu' yang bernafsukan akal.

Sampai sahaja di hadapan pintu rumah emak sudah membebel mengenangkan perangaiku yang moody sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang kau dapat dengan termenung menhadap laut tu. Tak kan dapat mengubah keputusan SPM kamu yang 'chanteek' tu."
"Alah mak nie bagi la sokongan sikit kat adik, nie tak asyik nak salahkan adik je. Bukan adik tak usaha time SPM tu cuma nasib tak berapa nak baik jew" Aku cuba membela diri.

Cepat saja aku melangkah kearah bilikku dengan harapan emak akan berhenti dari meneruskan bebelannya. Aku tau niat mak baik untuk melihat aku ceria seperti selalu. Cuma aku yang tak mampu untuk mengawal diriku ini mengenangkan sikap sambil lewaku ketika SPM dahulu. Mengenangkan masa depan pelajaranku yang semakin malap. Betul ke..? HAHA tah la. Wait and see  je la Adi oiiii.

"Hah padan muka, dulu orang sibuk mengadap buku kau sibuk dengan perempuan tu buat apa. Tengok apa yang kau dapat? Last-last clash  jugak kau dengan perempuan tu. Sekarang mana perempuan yang kau agung-agungkan dulu?"
Aku bermonolog dengan diriku. Kalau ikutkan hati yang tengah membara mahu saja aku bermonolog lagi tapi mengenangkan kekangan masa yang hampir memasuki waktu maghrib cepat saja aku menghentikan lamunan itu.

Selesai saja solat isyak aku terus ter'buntang' di atas katil mengenangkan urat sendi yang meronta-ronta minta dimanja. Mana tak nya sehari suntuk aku duduk mengadap laut berhampiran rumahku. Sebenarnya hari ni keputusan UPU bagi sesi kemasukan Diploma IPTA keluar. Itu yang mebuatkan kepala otak aku semakin berceramuk. Malas aku nak check  sebab aku takut dengan bayangan dan harapan yang aku cipta sendiri. Lagipun rumah aku mana la ada kemudahan internet  untuk check  keputusan tu. Duduk pun rumah kampung yang letaknya jauh berkilo meter dari bandar. Ingat senang ke orang susah macam aku ni nak dapat internet  kat rumah. Jangan harap la Adi oiiii. Tapi apa-apa pun aku bersyukur. Alhamdulillah.

Habis saja sesi ber'monolog' aku dengar bunyi tapak kaki menandakan ada seseorang yang bakal memasuki 'istana'ku ini. Siapa pulak yang mahu menganggu aku tengah-tengah malam ni kalau bukan kakakku. Tanpa ketuk dan memberi salam kakakku dengan gaya ala-ala cat women  masuk memeranjatkan diriku yang suci ini. Gila Adi syok sendiri.


"Tahniah adik, dapat masuk Universiti Teknikal Mara(UiTM)". Kata kakakku tanpa sesi mukadimah seperti selalu.
Guulpppp. Aku terkedu sebenarnya. Dengan berbekalkan bekalan oksigen yang hanya tinggal 30% membuatkan respond  yang diberikan agak lambat. Paapppp. Satu tamparan tepat mengenai pipiku yang suci ini. Lagi sekali Adi perasan. Opppsss hobi kot.
"Kos apa Yong" Tanyaku kepada kakak sulungku.
"Akaun" Kedebuuuuk. Macam nangka busuk aku jatuh ke lantai. Pengsan kot.


Disinilah bermulanya kisahku.