Tuesday 12 June 2012

My Best Friends. Perhaps

Assalamualaikum.



*macam meriah sangat pulak aku tgk gambar nie*

Ok entry kali ini aku nak cerita berkaitan dengan kawan rapat aku. memandangkan aku nie jenis yang malu malu kucing, jap! macam mana boleh ada istilah malu malu kucing? haha aku cuba membayangkan yang kucing itu tengah melakukan aksi korek mengorek tahi hidung? kecian kucing tak pasal pasal tersedak tengah hari ini NON STOP. boleh? 

HAHA kan tak pasal pasal aku dah start merepek.ok berbalik kepada topik asal aku ada 2 3 orang kawan rapat time kat sekolah dan juga masa di Universiti. cuma tak ada la banyak macam korang kan sampai list name pun maybe 2 3 page. dan aku kalau boleh nak jaga hubungan yang terbina ini dengan sebaik yang mungkin sebab orang kata "Kawan time suka mudah di cari, tapi time duka? daripada 15 belum tentu ada yang sudi" Lantak la kau berduka lara sorang sorangkan. ada aku kesah pulak. 

Sekolah Rendah

rasanya time ni aku tak ada kot kawan yang paling rapat melainkan kawan yang hai hai bye bye. sebab kan aku dah bagitau yang aku ni jenis pemalu so aku jarang nak merayap jadi kutu rayau. masa aku banyak di habiskan di rumah. pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas tambahan. habis. lepak jap main masak masak dengan jiran sebelah rumah plus main Teng Teng ataupun galah panjang. HAHA. seronok! zaman kanak kanak paling best bagi aku. sebab time tu kita suci lagi. kan?

Sekolah Menengah

Naik je sekolah menengah aku mengalami culture short.kenapa culture short? semua benda aku kena buat sendiri. basuh baju, kasut seluar luar & dalam. haha maklum la time tu aku masuk asrama.and aku tak suka. aku tak suka sebab aku tak bersedia. ada ke orang bagi alasan macam tu? tapi aku kat asrama tu tak lama pun. setahun je dan form 2 aku pindah sekolah harian biasa sampai la aku kena tendang keluar dari sekolah after SPM. haha.


Ok time form 1(SMK Batu Sepuluh) aku rapat dengan seorang je. nama dia Aizat. dia la tempat aku ber'manja' dan mostly masa aku dengan dia. walaupun kami lain kelas sebab dia amik bahasa arab, aku pulak kelas biasa. aku kenal dia pun sebab dia duduk sebelah katil aku. so banyak la aktiviti aku habiskan dengan dia. aku ingat lagi trademark dia ialah 'cermin mata' dia yang agak out of fashion la jugak sebab macam cermin mata orang tua. HAHA, sorry Aizat! but aku suka kawan dengan dia sebab dia ni gila gila sikit. tapi aku rasa macam banyak je gila gila nya. haha. dan untuk makluman semua dia ni bakal peguam syarie! good luck teman.


So lepas setahun di SMKBS, aku tukar balik ke sekolah lama aku (SMK Tok Perdana). Actually aku masuk sekolah ni dulu  before transfer ke SMKBS atas jemputan buat degree. haha ok merepek. majoriti aku dah kenal sebab banyak kawan kawan yang satu tempat dengan aku sekolah dekat SMKTP. 


Dekat SMKTP aku rapat dengan 2 eh 3 kot. tapi secara am nya 2 kot. haha. First, Karim. Aku kenal dia masa aku start di campakkan ke kelas no 2 dalam tingkatan *sedey. kenapa bukan kelas no 1? nampak sangat yang aku nie tak pandai. padan muka. eh kat mana kita stop tadi? ok. Dia la yang banyak sapa aku masa mula-mula aku pindah sekolah. kebetulan aku duduk sebelah dia. memang dia je la yang aku nampak pun. haha. dan kami satu kelas time form 2, form 4 and form 5. kenapa form 3 tak sama kelas? haha camana tu. ok time form 3 aku pindah masuk kelas no #. lepas kena campak ke kelas no 2 tu, aku terus azam dalam hati nak masuk kelas first dan buktikan yang 'aku tak bodoh' macam filem tu. haha. alhamdulillah aku dapat naik kelas. eh macam mana boleh tersasul pasal kelas memasak nie? dan sampai sekarang aku still contact dia walaupun tak ada la serapat dan seakrab dulu.


Ok calon kawan rapat aku yang seterusnya ialah Shahril. Dia nie ala ala ustaz sikit. banyak bagi kata kata yang berguna untuk aku amalkan. Macam mana aku boleh rapat dengan dia? haha. padahal aku nie dah la otak pun macam telur 3 suku. kawan pulak dengan ustaz?  aku start rapat dengan Aril nie sejak form 4. sebab dia masih sama. aku duduk sebelah meja dia. see ketiga tiga orang yang aku rapat semua sebab aku duduk sebelah menyebelah. tak adil betul! haha. dan dia antara pelajar terbaik SPM sekolah aku. wah aku bangga ada kawan macam nie. dan dia la pesaing aku dalam subjek Pendidikan Islam. Opss. terlepas pulak. walaupun dia kawan rapat aku, tapi dia antara orang yang last tau aku couple. sian dia. hurm i'm sorry peeps. 


Owh ok la yang dekat Universiti lain lain kali la aku cerita pulak. Terasa tahap kemalasan tu berada di Puncak Kasih yang tahap cinta petala 8 dah.

.  ok till now
Assalamualaikum

kbai




p/s: aku ada 2 orang je kawan perempuan yang betul betul rapat dengan aku sampai sekarang. They are Tika and Peah. Sapa Peah tu? HAHA. 

aku takut nak kawan dengan perempuan!! fobia!!

11 comments:

  1. wei asal name ak xde ag..ak dri kecik gan ko..maen same2 bdak ko setopok kat muka dlu..pastu tggu bas same2 lpak dpn umah ko ag..iss ko ni lupe kew?

    ReplyDelete
  2. hahaha. u are very de special. termasuk dalam katogeri PEAH tu.

    ReplyDelete
  3. xde nk name ak gak...smpai aty ko

    ReplyDelete
  4. tika2 la peah tu peah la...errrggghhhh

    ReplyDelete
  5. Tika will always be my bff. haha. peah nie aku bagi nama sapa yang rapat ngan aku. so PEAH nie ada la dekat 3 4 orang pegang status PEAH.

    ReplyDelete
  6. gua sukaa entry ni . tapi , kenapa hang fobia dengan pompuan ?

    #err , maap . gua terfollow blog ohsem lu .

    ReplyDelete
  7. ikaa sharin -

    haha thanks ohsem ke? biasa je la. selalu selalu la jengguk blog nie yea. thanks again.

    fobia sebab takut untuk kecewa dan di kecewakan. boleh?

    ReplyDelete
  8. wei tika mane ni....tika olivia ap??xaci ak kwn dri kecik ko xnk smbut name kwn yg dah bsr baru knl nk sebut name..puihhhhh hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh. jeles ke? haha. dia je yang nak kawan ngan aku. ko aku dah buh dalam list nama sbg adik aku! haha

      Delete
  9. jeles la...erm majuk gan ko setuan..wakakaka
    trasa mcm sia2 ak kwn gan ko selama 20 thn...smpai ke 20 thn..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cehh. tak baik mengamalkan jeles jelousi nie. tak baik untuk kesihatan mak cik mak cik yang seangkatan dengan usia ko. HAHA. 20 tahun dah ke? lah aku muda lagi! baru 12 yo

      Delete