Tuesday 12 June 2012

Aku Adalah Aku (Bab 1)



Malam semakin melabuhkan tirainya. Aku masih lagi bertapa di koridor luar bilikku sambil menikmati keindahan malam bertemankan bintang-bintang di langit. Sedar tak sedar, ini minggu kedua aku di Arau. Sukar untuk aku percaya yang aku kini sudah bergelar mahasiswa di sebuah IPTA. Serasa macam baru semalam aku tidur bertemankan mak di ruang tamu. Mesti semua orang terkejut sebab aku masih lagi tidur di bawah ketiak emakku. Eh jangan salah sangka. Aku bukan anak emak yang suka suka tidur bawah ketiak mak. Tapi memandangkan rumah kami yang sempit dan bilangan adik beradik yang ramai membuatkan aku lebih selesa tidur di ruang tamu. Tapi ramai ke adik beradik aku? Yong, Angah, Kak Lang, Kak Uda dan aku? Macam sikit je. Sejak bila aku lemah kira mengira nie? Oh my maths! 

"Eh kau nie asal termenung je Adi? Rindu kat mak kau ke?" tanya rakan sebilik aku, Ilmam.
"Kau Ilmam, buat aku terkejut jew. Lain kali bagi la signal dulu seelum tegur tu. Nasib aku takde sakit kentut berdarah." Kalau ikutkan hati aku mahu saja aku lesing budak nie. HAHA. Terkejut mak nok. Euuww.
"Dah la aku nak masuk. Tiba-tiba rasa mengantuk pula mata nie." Jom. Ajak aku sambil melangkah dengan langkah yang longlai.

Aku terus melangkah ke arah katil. Seolah-olah aura katil itu memanggil-manggil namaku. Haishhh nie yang lemah nie dengan godaan katil. Aku memang pantang nampak katil kosong. Tambah-tambah sejak masuk U nie memang kerja aku selalunya di habiskan di atas katil. Berat masalah kau tu Adi. Sampaikan buat homework pun aku buat atas katil sebab senang nak tidur kalau mata tiba-tiba mengantuk. Good idea right? Tapi jangan tiru petua aku pulak. 

Ketika aku nak melandingkan kepala di atas bantal kesayangan aku, tiba-tiba. OhEmJay. Tiba-tiba aku seakan-akan tersedar akan sesuatu perkara yang mustahak. Bukan haktuuuiii ok. Tak baik meludah merata-rata. Cepat bersihkan balik. Ok good girls. Eh macam mana aku tau yang meludah tu perempuan? HAHA. Kenyataan dekat facebook sekarang nie majoriti kaum perempuan yang kuat meludah. Tak caya sudah. Tengok kan aku dah melalut ke laut. Macam boleh buat lagu je. MELALUT KE LAUT. Stop it Adi! We are now in the middle of writting a novel. Focus. 

Ok, dipanjangkan cerita aku baru tersedar yang aku terlupa siapkan assignment yang perlu di hantar ESOK. Ulang suara, ESOK ok. Maaaaaaaaaaaak. Macam mana aku boleh lupa nie. Bukan aku tak tahu yang lecturer tu dah la cerewet abes. Masak la aku esok. Hangus aku kena sembur dengan roket Soyus yang seakan-akan sama macam Syekh Muzafar naik pergi ISS tu. Korang tau tak apa yang aku cerita nie? Ok abaikan la. 

Serentak dua rentak, aku cuba alihkan kepala mendonggak untuk melihat kedudukan waktu sekarang. Hah dah pukul 1 setengah pagi? Bukan tadi aku masuk bilik baru je pukul 11 lebih? Hurm macam dah nampak je tanda-tanda ku berserah. Aku cuba untuk menyanyikan lagu KU BERSERAH nyanyian Amylea AF3, tapi yang keluar hanyalah lagu Allahyarham Sudirman. 

Terkapar-kapar ku kelemasan. Sakit dilambung ombak assignment tak siap. Eh asal lirik dah berubah?

Memang melemaskan. Sesak nafas aku memikirkan nasib aku esok. Walaupun assignment itu hanyalah kira-kira sambil tekan kalkulator, alah buat akaun je pun derr. Even buat akaun je tapi kalau aku nie seorang yang cekap tak apa la jugak. Nie nak bukak lejer pun terhegeh-hegeh. OhTidak la kan. Akhir sekali aku hanya buat tak endah saja akan assignment yang perlu dihantar esok itu. Lantak la. Apa yang penting KERJASAMA. So esok aku akan bekerjasama denganclassmate aku dengan harapan aku sempat copy paste kerja dia. Huhuhu. Itu je jalan yang sempat aku pikirkan. Malas nak semakkan otak dengan hal-hal yang boleh buat kepala berserabut aku terus mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak pesan sebelum tidur amik wujud, cuci kaki, gosok gigi. Tapi tu semua time kecik la, cuma aku saja yang terbiasa untuk mengamalkannya. Ok mata pun dah mengantuk. Bismikallahhuma Ahya Wa Amutu. ZzzzzZZ. 


6.15 a.m 

Dari jauh sayup-sayup jam loceng Ilmam berbunyi. Adus malasnya aku dengan budak nie. Dah tau diri tu malas nak bangun awal, jangan la kunci jam awal. Sekeh jugak kepala tu baru tau. Namun aku gesakan juga diri untuk bangun mengenangkan waktu subuh telah pun masuk. Aku ada terbaca yang bangun pagi nie elok untuk kesihatan.Apa pun aku bersyukur kerana masih di beri nikmat hidup. Alhamdulillah.

Nasib baik bilik nie hanya ada dua orang. Kalau tak aku tak tau la macam mana nasib aku. Memang masak la aku nak layan kerenah dorang. Dah la aku ni jenis yang pemalu. Dengan si Ilmam ni pun aku baru je nak sesuaikan diri. Cuma mungkin aliran sistem saraf yang berbeza mebuatkan aku lebih selesa berdiam diri dari merepek meraban layan cakap kanak-kanak Ribena ni. haha.

Selesai saja sesi termenung aku mengatur langkah ke arah Ilmam bagi mengejutkannya untuk solat subuh. "Ilmam bangun solat subuh!!" ucapku perlahan dan berhati-hati. Aku kalau bab-bab nak mengejutkan orang bangun tidur memang lemah sikit. Aku cuba mengoyangkan bahu Ilmam dengan harapan dia sedar dari tidur.

"Wei bangun la. Subuh nak dekat abes ni. Cepat bangun." kata aku lagi. Tapi kali ni aku goncangkan sikit badannya supaya dia tersedar dari lamunan mimpi. Memang tidur mati betul budak ni. Eh budak ke? Haha. Aku aru sedar yang Ilmam ni lebih tua dari aku setahun. Cuma saiz badan dia kecil sedikit dari aku yang sedang-sedang saja tingginya.

"Hurmm dah pukul berapa Adi?" tanya Ilmam.

"Bangun je lah. Nak dekat pukul 6.30 pagi dah nie." kata aku sambil mata melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. 

"Yea la nanti aku bangun la. Kau pergi la ambil wuduk dulu" pesan Ilmam sambil membetulkan kedudukan badannya.

Aku lihat dia sudah duduk di birai katil sambil menongkat dagu. Tapi mata still  tertutup rapat. Hurm tak apa la. Nanti bangun la tu. Aku terus saja meluru ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Balik saja dari bilik air, aku lihat Ilmam masih lagi tidur. Tapi siap boleh landing baik punya tidur meniarap. Cisss. Buat penat je aku kejutkan tadi.

Ni ada yang kena karate karang. Runggut aku dalam hati. Nak cakap kuat-kuat aku tak berani. Buatnya dia just tidur-tidur ayam naya aku. Tu la orang lain pun ada jugak awek, tapi takde la sampai bergayut tak ingat dunia. Untung la kan ada orang untuk luahkan perasaan. Malam tadi bukan main lagi cakap slow-slow, bisik-membisik. I lap you, Miss you bagai. Nak termuntah aku dengar. Hahaha. Jahat betul Adi. Biar la dia nak buat apa pun. Kredit dia yang hangus. 

"Wei bangun la cepat. Tak kan nak tunggu azan Zohor baru kau nak bangun kot?" Aku tarik sikit bulu kaki dia yang tumbuh segan mati tak mahu. Agak-agak kalau sembur racun seranggaconfirm esok juga bulu kakinya luruh. Kahkahkah. 

"Agak-agak la Adi oii. Karang hilang la macho aku tak ada bulu kaki" Amboi hilang macho sebab tak ada bulu kaki kau kesah pulak. Yang subuh dah nak hampir-hampir gajah kau tak malu pulak. Desis hati kecil aku. 

"Dah pergi cuci muka and ambil wuduk tu. Nanti lewat pulak solat." beel aku lagi. haishh kan tak sia-sia. Pagi-pagi lagi aku dah membebel. Ilmam aku lihat membuat muka bebal, mungkin kerana terpaksa tahan telinga mendengar bebelan aku tadi. Nasib la kau Ilmam. Sabar je la, ada lagi 4 bulan kau nak dengar aku membebel. Hahaha. 

Usai solat subuh aku terus menjengah ke arah luar bilik. Aku suka suasana pagi yang damai. Sekumpulan burung yangsedang terbang, berkicauan seolah-olah berzikir memuji kebesaran Ilahi. Ni kalau kat kampung mesti lagi best. Hurm takkan aku homesick pulak?

Suasana di kolej sunyi dan lengang sedikit. Mungkin masih terlalu awal kerana jam baru pukul 6.54 pagi. Selalunya time-time ni budak-budak dah kecoh nak mandi bersiap untuk ke kelas. Dari tingkat atas, aku lihat rakan sekelas aku, Hasrul sedang menjinjit bakul mandinya. Eh, kelas pagi ni pukul erapa? Bukan pukul 9 ke? Aku meneka sendiri.

Kelihatan Ilmam baru balik dari bilik air sambil memegang perutnya. Lupa pulak rakan sebiliknya yang mengambil wuduk. Ingatkan dah balik tadi. Boleh pulak bertapa lama-lama kat bilik air tu. 

"Lamanya kau kat bilik air tu? Kau cuci bilik air tu sekali ke?" tanya aku dengan nada berseloroh. Bergurau la.

"Ni haa perut aku tiba-tiba sakit. Nak kata salah makan takkan la pulak." Kecian pulak aku tengok keadaan Ilmam yang seakan menahan sakit. Sampai berkerut-kerut muka menahannya.

"Senggugut kot! Hahaha" akhirnya ketawa aku terletus juga walaupun aku cuba untuk menahannya. Aku terus lari kearah loker ku untuk mengambil minyak cap kapak yang di bekalkan oleh abahku. Dan aku hulurkan kepadannya.

"Kau agak-agak la cik abang oiii. Kalau aku ni perempuan tak apa la jugak. Dah la malas aku layan perangai kau ni. Buat sakit hati aku aja." Kata Ilmam sambil berlalu pergi kearah katilnya. Nak sambung tidur la tu. Getus hati aku.

Aku terus mengambil towel yang tergantung di kerusi study. Nak mandi la. Takkan nak buat tutorial tudung ala ala Hana Tajima pulak kot. Aku baru je teringat yang kelas pagi ni start pukul 8. Yang pukul 9 tu kelas untuk esok pagi. Dan yang jadi masalahnya, kelas pagi ni kelas FINANCIAL ACCOUNTING. Di ulangi kelas AKAUN. Assignment aku? OhMyBad. 

Dengan larian ala-ala Usain Bolt, aku lari sepantas kilat. Nasib aku tak berlanggar dengan kembar Afdlin Shauki. Hahaha. Kalau tak mahu seminggu aku demam. 


No comments:

Post a Comment