Monday, 11 June 2012

aku nak kahwin dengan anak RAJA.

Assalamualaikum.

Ok since nie entry pertama aku, aku just nak share serba serbi pasal aku. tak banyak pun. cuma aku nak bagitau yang aku nie kuat membebel dan merapu sikit. so bertahan yea semua. ok we may start now.

nama aku fadhlul hadi bin md noh. almost 21 years tahun nie. tapi majoriti orang yang jumpa face to face akan cakap yang aku nie still BUDAK SEKOLAH. ulang suara BUDAK SEKOLAH you alls.haha tang mana yang bebudaknya aku tak tahu lah. 


ok tarik nafas. tahan. dan lepas. ingat lagi kan time PJK cikgu akan bagi command macam tu. rindu pulak nak pergi sekolah. alahai omak. kan aku dah cakap aku kuat bebel dan merapu. 


ok berbalik kepada tajuk asal kita yea murid murid, saya percaya semua disini mesti mempunyai impian dan cita cita masing masing kan. aku ingat lagi yang cita-cita pertama aku nak jadi cikgu. tapi time tu aku kat bangku sekolah rendah lagi.


masuk je sekolah menengah aku tukar sikit cita-cita aku tu. dari seorang cikgu aku nak jadi cikgu MATHS. HAHAHA. nampak tak kat situ tahap kepintaran aku mula terserlah? bukan apa, aku minat dengan subjek Maths so aku pun simpan la cita-cita untuk jadi cikgu Maths. 


tapi tak sampai berapa tahun, cita-cita aku mula berubah. aku nak jadi akauntan pulak. padahal time tu aku masuk kelas sains tulen!  aku ingat lagi time kelas sejarah kalau tak silap aku


Cikgu : Hadi cita-cita kamu nak jadi apa?
Aku : Saya nak jadi akauntan.
Cikgu : Tapi kenapa kamu masuk kelas sains?
Aku : Sebab saya kena campak masuk kelas nie! HAHA 
*gelak aku dalam hati sambil tunduk kepala sbb aku nie pemalu orangnya. gelak kuat kuat takut cikgu lempang pulak.


dan alhamdulillah aku berjaya masuk ke menara gading berbekalkan result SPM yang kurang memberansangkan. 
*bagi aku la. sbb apa yang aku target tak tercapai.
aku dapat sambung jugak dalam bidang akaun, konon konon nak menyambung cita cita murni aku tuk jadi akauntan. haha dan aku telah tamat pun pengajian aku kat Malaysia nie.
*jangan nak bajet kat oversea la kan.


tapi apa kaitan impian dan cita cita yang aku warwarkan kat atas tu? hahaha. ok actually dah 2 bulan lebih aku menjalani kehidupan sebagai PENGANGGUR TERHORMAT. kau ada? HAHA and perit gila nak hold this status. dengan cakap cakap orang kat sekeliling lagi kan. dugaan betoi. 


bukan aku tak usaha ok. aku dah try tapi takda la banyak pun. HAHA. mungkin rezeki tak menyebelahi aku. macam lagu YUNA. 
*tak semua kau rancang akan berlaku. ini tidak adil tidak adil bagiku. Ooo Ooo.


dan impian aku sekarang aku nak kahwin dengan anak raja. HAHA. tak dapat anak raja jadi cucu angkat pun takpa la. janji ada kaitan dengan kerabat diraja. at least senang aku tak yah nak susahkan mak ayah aku dah. kan. topup pun tak la asyik suap dengan RM 10 henget jew. *tak bersyukur langsung kan. Alhamdulillah.


anything more? takde dah kot. tak larat nak type panjang panjang dah. kan aku dah kata yang aku nie kuat bebel dan merepek. 


ok till now


Assalamualaikum


akhir kata sorry sorry miki miki paco paco baby kalau ada tersalah silap dalam aku seronok berbicara.


kbai

#hati akan mati bila banyak gelak. so kurangkan gelak! ingat.



No comments:

Post a Comment