Friday, 15 June 2012

Andai aku bukan Akauntan negara!

Assalamualaikum (Arigato gozaimas)


"setiap kamu adalah pemimpin & setiap kamu bertangungjawab atas apa yang kamu pimpin."


Ok aku sendiri pun tak paham apa yang aku cuba sampai kan kat atas tu. Abaikan. Tapi ayat tu macam nak bagitau yang kita ni secara tak langsung dilahirkan sebagai pemimpin walaupun bukan lah pemimpin kepada negara ataupun bangsa. Tapi kita adalah pemimpin kepada rumahtangga dan paling utama mestilah pemimpin kepada diri sendiri. Dan kita akan dipersoalkan akan setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Paham? Alhamdulillah. Tapi apa kaitan ayat kat atas dengan tajuk entry hari ni? HAHA. Jap aku tengah blurr sekejap. Jauh benar kan. Gasak tak tahu.


Berbalik kepada tajuk kita yea anak anak, hari ni aku nak sembang santai pasal tajuk "Andai aku bukan Akauntan". Cewaah konon konon nak tiru macam cerita Kalau Aku Bukan Artis. Puiii. Bajet artis fames yang muka tahap Aaron Aziz! Sekiranya Aaron Aziz terbaca, di ulangi T.E.R.B.A.C.A entry yang aku tulis ni, mesti dia menangis teresak esak terharu biru dengan kepemesan aku. HAHA. Maafkan aku atas keterlanjuran aku dalam bab bab perasan merasan ni. Tebiat dari kecil. Maaf maap. Ok fokus. 




<Muka Bengis, kononnya>
*agak agak kalau macam ni la muka bengisnya, kompom semua orang suka*


Memandangkan aku ni amik course accounting kat Universiti dulu #bajet gile padahal baru je pon abes belajar tu pon diploma, maka secara tak langsung mesti orang akan kata "ni la bakal akauntan" tak pun paling ganas orang akan kata macam nie je : "Ni la yang bakal jadi pencilop duit syarikat kan!" kecian kat bakal bakal akauntan ni semua, #kerana nila setitik, rosak imej akauntan! boleh? Ok jom kita terjah apa yang aku akan jadi sekiranya aku ni bukanlah seorang AKAUNTAN :


3. Pusat Asuhan Kanak Kanak


tengok ada ciri ciri bapa mithali kan? sila sediakan baldi disebelah anda!


Biar betul kan aku nak bukak pusat asuhan kanak kanak. Tebiat apa. HAHA. seriusly ini lah yang mungkin akan terjadi sekiranya aku tak jadi akauntan. Sebabnya senang je kerana aku minat and addore sangat dekat bebudak kecik. Comel. Suci. Yup, itulah dorang. Dan kalau nak tahu semua anak anak sedara aku lebih rapat dengan aku sebab aku ni jenis yang suka melayan. Tapi kalau dah dogey sangat memang naik angin ke kepala la jugak kan. Tapi seriusly aku tak sabar nak ada anak sendiri. Syok kot layan budak budak yang comel ni. Auwww. Abaikan muka selenga diatas!



2. Model Pelansingan Badan


Guna lah product pelansingan saya. Pasti berkesan. Kuat tau!


HAHA. Ni lagi satu yang aku tak tahan. Boleh ke aku jadi model? Mesti Dr Rozmemey pun tak boleh nak cari makan dah lepas ni. Kepada yang berminat boleh la mengundi saya di Muzik Muzik dot com. Booooo. Menanges ayor mate dari Dr Rozmemey. Kenapa? Sebab aku dah amik port dia dalam industri pelangsuiran nie. Opss. Pelansingan. Sapa ada idea macam mana nak jadi taff tanpa perlu berjogging, bersenam dan seantero dengan nya. Aku nak aktiviti yang lebih kurang makan, tidor dan berbaring. Boleh tak? HAHA. Patut la obesiti menjadi jadi di Malaysia. Tapi aku tak ok.





yea dik nak air apa? air mandi takda kat sini. G men jauh jauh. shuhh



1. Penyanyi Lelaki Paling Perasan


time ni aku buat konsert kat Albert Hall. Kau hade? takde kan. Jeles la tu.



Arghhh. Argghh. Bang nak autograph. Nak getahskrap! Lempang satgi baru tau. Apa pun tak boleh. Ok kalau aku bukan akauntan mungkin esok aku akan jadi artis yolls. Tapi I nyanyi untuk suka suki je. Bila I penat I berenti la. Kata mak jemah sebelah rumah. Propa sangat. Hebat sangat ke jadi artis? Huh mesti nak kencing pun susah. Tengah tengah sakit perut nak g tandas ada orang mintak sign? Macam mana? Takkan nak tunjuk yang kita #bajet dah jadi artis la tuPuiii. tengah sakit meneran. Haha tak sanggup aku nak lalui semua itu. Setakat suka suka nak menyanyi hiburkan hati sendiri boleh la. Kan? 


Ok habis sudah story hari ni. Penat aku perah idea tak keluar keluar. Tadi time dekat dalam bilik air masa mandi punya lah mencurah curah ke ladang gandum umpama iklan kokocruch tu. Huh sakit hati. Thanks for reading. 



ok till now


Assalamualaikum


kbai





video
dah jadi tebiat aku dengar lagu intifada sampai tetidur. zZZzzz. 





#tak lengkap iman seseorang itu kalau dia meninggalkan solat fardu. sebab solat tu tiang agama. macam mana nak teguh agama kalau tiangnya tak di pasakkan.











1 comment: