Tuesday 12 June 2012

Aku Adalah Aku (Prolog)

1 MEI 2009

Bertemankan angin semilir pantai aku merenung ciptaNYA yang ternyata tiada tolok bandingnya. Langit sudahpun berubah wajahnya keperang-perangan, menandakan hari semakin gelap. Namun aku masih duduk termenung mengenangkan kisah silam yang sering menghantui diriku. Aku hanya melangkah membawa hayunan kakiku setelah keadaan sekeliling berubah menjadi semakin gelap. Bukan takut akan hantu tapi aku lebih takutkan 'hantu' yang bernafsukan akal.

Sampai sahaja di hadapan pintu rumah emak sudah membebel mengenangkan perangaiku yang moody sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang kau dapat dengan termenung menhadap laut tu. Tak kan dapat mengubah keputusan SPM kamu yang 'chanteek' tu."
"Alah mak nie bagi la sokongan sikit kat adik, nie tak asyik nak salahkan adik je. Bukan adik tak usaha time SPM tu cuma nasib tak berapa nak baik jew" Aku cuba membela diri.

Cepat saja aku melangkah kearah bilikku dengan harapan emak akan berhenti dari meneruskan bebelannya. Aku tau niat mak baik untuk melihat aku ceria seperti selalu. Cuma aku yang tak mampu untuk mengawal diriku ini mengenangkan sikap sambil lewaku ketika SPM dahulu. Mengenangkan masa depan pelajaranku yang semakin malap. Betul ke..? HAHA tah la. Wait and see  je la Adi oiiii.

"Hah padan muka, dulu orang sibuk mengadap buku kau sibuk dengan perempuan tu buat apa. Tengok apa yang kau dapat? Last-last clash  jugak kau dengan perempuan tu. Sekarang mana perempuan yang kau agung-agungkan dulu?"
Aku bermonolog dengan diriku. Kalau ikutkan hati yang tengah membara mahu saja aku bermonolog lagi tapi mengenangkan kekangan masa yang hampir memasuki waktu maghrib cepat saja aku menghentikan lamunan itu.

Selesai saja solat isyak aku terus ter'buntang' di atas katil mengenangkan urat sendi yang meronta-ronta minta dimanja. Mana tak nya sehari suntuk aku duduk mengadap laut berhampiran rumahku. Sebenarnya hari ni keputusan UPU bagi sesi kemasukan Diploma IPTA keluar. Itu yang mebuatkan kepala otak aku semakin berceramuk. Malas aku nak check  sebab aku takut dengan bayangan dan harapan yang aku cipta sendiri. Lagipun rumah aku mana la ada kemudahan internet  untuk check  keputusan tu. Duduk pun rumah kampung yang letaknya jauh berkilo meter dari bandar. Ingat senang ke orang susah macam aku ni nak dapat internet  kat rumah. Jangan harap la Adi oiiii. Tapi apa-apa pun aku bersyukur. Alhamdulillah.

Habis saja sesi ber'monolog' aku dengar bunyi tapak kaki menandakan ada seseorang yang bakal memasuki 'istana'ku ini. Siapa pulak yang mahu menganggu aku tengah-tengah malam ni kalau bukan kakakku. Tanpa ketuk dan memberi salam kakakku dengan gaya ala-ala cat women  masuk memeranjatkan diriku yang suci ini. Gila Adi syok sendiri.


"Tahniah adik, dapat masuk Universiti Teknikal Mara(UiTM)". Kata kakakku tanpa sesi mukadimah seperti selalu.
Guulpppp. Aku terkedu sebenarnya. Dengan berbekalkan bekalan oksigen yang hanya tinggal 30% membuatkan respond  yang diberikan agak lambat. Paapppp. Satu tamparan tepat mengenai pipiku yang suci ini. Lagi sekali Adi perasan. Opppsss hobi kot.
"Kos apa Yong" Tanyaku kepada kakak sulungku.
"Akaun" Kedebuuuuk. Macam nangka busuk aku jatuh ke lantai. Pengsan kot.


Disinilah bermulanya kisahku.




No comments:

Post a Comment